Wednesday 26 August 2009

:: pengasas JUS DIET MATE popular di media::

Dr Rozmey di MHI 13 Ogos 2009
Dr Rozmey di MHI 27 Julai 2009
Dr Rozmey di MHI 29 Jun 2009
Dr Rozmey di WHI 22 Jun 2009
Dr Rozmey di MHI 17 Jun 2009
Dr Rozmey di MHI 3 Jun 2009
Dr Rozmey di MHI 1Mei 2009
Dr Rozmey di MHI 17 April 2009
Dr Rozmey di MHI 10 April 2009
Dr Rozmey di MHI 27 Februari 2009
Dr Rozmey di Buletin Utama TV3
Dr Rozmey di Nasi Lemak Kopi O' TV9
Dr Rozmey di Warta Jam 9 di TV9

::seNaman Di bulan Puasa::

  • jika anda ingin membakar lemak, maka melakukan aktiviti ringan pada sebelah petang iaitu sebelum berbuka digalakkan. Berjoging secara perlahan merupakan contoh terbaik ( antara 6.30 petang hingga 7 petang sebagai masa paling sesuai melakukan aktiviti ringan)
  • Tempoh masa selama setengah jam sudah cukup ideal dan memadai agar tidak mengundang kepenatan serius.
  • Jika tubuh sudahlah terlalu letih, ditambah pula berpuasa daripada minum dan kepala terasa pening-pening atau tidak sihat, maka, anda patut ‘mendengar’ kepada diri. Hentikan senaman serta-merta
  • Aktiviti fizikal bagaimanapun tidak digalakkan pada sebelah pagi selepas bersahur kerana bimbang akan menjurus kepada masalah dehidrasi.
  • Bagi mereka yang berhasrat untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal selepas berbuka, dinasihatkan agar tidak terus melakukannya sejurus selepas berbuka.
  • Jika hendak lakukan senaman berat ketika berpuasa, tubuh bukan sahaja tidak mempunyai tenaga untuk melakukannya tetapi badan akan memecahkan otot untuk sumber tenaga, jadi, ia satu kerugian
  • Bagaimanapun, seperti juga aktiviti atau latihan kardio yang lain, senaman berat boleh dilakukan selepas berbuka.
  • Asalkan tubuh menerima hidangan sebelum bersenam dan dicaj semula dengan hidangan pasca-senaman, senaman berat boleh dilakukan.

Soalan Senaman, Pemakanan Pada Bulan Ramadhan
S : Bolehkah kita bersenam ketika berpuasa?
J : Ya, boleh tetapi ia bergantung kepada bentuk senaman.

S : Bila boleh bersenam cardio?
J : Ya, terutamanya jika ia bertujuan untuk pembakaran lemak. Senaman cardio 30-45 minit sebelum berbuka adalah sesuai kerana selepas itu, anda dapat mengembalikan tenaga selepas berbuka.
S : Bagaimana pula dengan intensiti senaman?
J Kita melakukan untuk, bukan untuk performance. Kalau anda berasa pening atau kurang selesa, sila berhenti. Senaman tanpa air yang mencukupi bukan mudah.
S : Bagaimana pula dengan latihan pemberat (weight training)?
J : Adalah tidak digalakkan sebelum berbuka.
S : Bagaimana kalau kita melakukan weight training semasa berpuasa?
J : Kalau anda bertegas hendak melakukannya, anda harus ingat badan anda tiada tenaga untuk senaman berat yang berkualiti dan badan anda akan memecahkan otot untuk sember tenaga.
S : Apa diet yang sesuai untuk berbuka?
J : Seelok-eloknya makanan seimbang. Makan perlahan-lahan, ia mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk berasa kenyang.
S : Adakah kurma menggemukkan?
J : Ianya mengandungi gula, jadi elakkan pengambilan yang berlebihan dan jumlah kalori pula bergantung pada jenis dan saiz.
S : Adakah kita akan kehilangan berat badan semasa berpuasa?
J : Ya, semestinya.
S : Apakah jenis makanan yang sesuai semasa bersahur?
J : Ianya bergantung kepada keperluan dan kegemaran individu.


Monday 17 August 2009

:::MeNU Diet Untuk BULan PuasA with JUS DIET MATE:::

Sahur

air kosong
Jus diet Mate

Berbuka (pilih satu sahaja+kurma)

1. scrambled egg + 2 keping roti +salad+epal
2. oats+buah-buahan+air kosong
3. 2 keping roti + jem + air milo kosong
4. bijirin fitnesse with fruit cereal + low fat milk+limau ais
5. keropok rebus+jus buah
6. bihun rebus+air kosong
7. tomyam campur+ air sirap
8. ikan bakar+sup sayur+air kosong
9. bihun tomyam+air limau nipis
10. 1/2 cawan nasi +ikan kukus+sup sayur+air kosong
11.
1/2 cawan nasi + 1 ketul ikan pari bakar dan air asam + 1 cawan ulam + 1 potong betik +
1 gelas air kosong
12. 1 keping roti nan + 1/2 ketul ayam tandoori + 4 sudu kuah dhal + 1/2 biji jambu batu +
1 gelas air kosong
13. 1 keping thosai & dal + air suam
14. 1/2 cawan nasi + 1 mangkuk tomyam campur + 1/2 cawan sayur campur + 1 biji pisang emas
+ 1 gelas air sirap limau
15. 1 mangkuk salad + 1 potong tembikai + 1 gelas air kosong
16. 1/2 cawan nasi + 1 ekor ikan masak pindang & kuah + 1/2 cawan tauhu goreng +
1/2 biji buah jambu batu + 1 gelas air kosong
17. 1 keping capati + 2 ketul daging + 1/2 cawan dhal + 1 biji belimbing + 1 gelas air kosong
18. 1 mangkuk mi sup-lebihkan sayur + 1 potong betik + 1 gelas air kosong
19. 1 mangkuk yong tau foo-lebihkan sayur + 1/2 biji mangga + 1 gelas air kosong
20. 1 mangkuk sup sayur-tambahkan perencah seperti udang atau ayam + 1 biji mempelam +
1 gelas air kosong
21. 1/2 cawan nasi + 3 ketul daging bakar + 1 cawan sayur campur + 6 biji anggur merah +
1 gelas air sirap limau
22. 1 mangkuk soto ayam + air suam
23. 1 set sandwich-roti mil penuh & tanpa mayonis + 1 gelas air kosong
24. 1 cawan mi hailam-lebihkan sayur + 1 biji pisang emas + 1 gelas air kosong
25. 1 mangkuk sup sayur + 1 biji pear + 1 gelas air kosong

* pilihan nasi adalah yang terakhir untuk yang betul2 ingin turunkan berat badan
*
campurkan sayur-sayuran dan buah-buahan kegemaran dalam salad
* susu yang digunakan adalah susu rendah lemak atau susu skim
* pilih kari tanpa santan atau jika kari bersantan, kurangkan pengambilan kuah
* nasi/mi goreng/hailam/sup/tomyam perlu dilebihkan sayur
* 1 ketul ayam atau daging atau ikan merujuk kepada saiz 1 kotak mancis

Supper (sebelum tidur)

1. Jus diet mate (untuk berat >100kg )
2. air kosong