Wednesday 26 August 2009

::seNaman Di bulan Puasa::

  • jika anda ingin membakar lemak, maka melakukan aktiviti ringan pada sebelah petang iaitu sebelum berbuka digalakkan. Berjoging secara perlahan merupakan contoh terbaik ( antara 6.30 petang hingga 7 petang sebagai masa paling sesuai melakukan aktiviti ringan)
  • Tempoh masa selama setengah jam sudah cukup ideal dan memadai agar tidak mengundang kepenatan serius.
  • Jika tubuh sudahlah terlalu letih, ditambah pula berpuasa daripada minum dan kepala terasa pening-pening atau tidak sihat, maka, anda patut ‘mendengar’ kepada diri. Hentikan senaman serta-merta
  • Aktiviti fizikal bagaimanapun tidak digalakkan pada sebelah pagi selepas bersahur kerana bimbang akan menjurus kepada masalah dehidrasi.
  • Bagi mereka yang berhasrat untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal selepas berbuka, dinasihatkan agar tidak terus melakukannya sejurus selepas berbuka.
  • Jika hendak lakukan senaman berat ketika berpuasa, tubuh bukan sahaja tidak mempunyai tenaga untuk melakukannya tetapi badan akan memecahkan otot untuk sumber tenaga, jadi, ia satu kerugian
  • Bagaimanapun, seperti juga aktiviti atau latihan kardio yang lain, senaman berat boleh dilakukan selepas berbuka.
  • Asalkan tubuh menerima hidangan sebelum bersenam dan dicaj semula dengan hidangan pasca-senaman, senaman berat boleh dilakukan.

Soalan Senaman, Pemakanan Pada Bulan Ramadhan
S : Bolehkah kita bersenam ketika berpuasa?
J : Ya, boleh tetapi ia bergantung kepada bentuk senaman.

S : Bila boleh bersenam cardio?
J : Ya, terutamanya jika ia bertujuan untuk pembakaran lemak. Senaman cardio 30-45 minit sebelum berbuka adalah sesuai kerana selepas itu, anda dapat mengembalikan tenaga selepas berbuka.
S : Bagaimana pula dengan intensiti senaman?
J Kita melakukan untuk, bukan untuk performance. Kalau anda berasa pening atau kurang selesa, sila berhenti. Senaman tanpa air yang mencukupi bukan mudah.
S : Bagaimana pula dengan latihan pemberat (weight training)?
J : Adalah tidak digalakkan sebelum berbuka.
S : Bagaimana kalau kita melakukan weight training semasa berpuasa?
J : Kalau anda bertegas hendak melakukannya, anda harus ingat badan anda tiada tenaga untuk senaman berat yang berkualiti dan badan anda akan memecahkan otot untuk sember tenaga.
S : Apa diet yang sesuai untuk berbuka?
J : Seelok-eloknya makanan seimbang. Makan perlahan-lahan, ia mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk berasa kenyang.
S : Adakah kurma menggemukkan?
J : Ianya mengandungi gula, jadi elakkan pengambilan yang berlebihan dan jumlah kalori pula bergantung pada jenis dan saiz.
S : Adakah kita akan kehilangan berat badan semasa berpuasa?
J : Ya, semestinya.
S : Apakah jenis makanan yang sesuai semasa bersahur?
J : Ianya bergantung kepada keperluan dan kegemaran individu.


No comments:

Post a Comment