Tuesday 20 January 2009

PRODUK LANGSING KELUARAN DOKTOR PAKAR


Di formulasikan oleh Dr. Che Rozmey Che Din, Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, MD(USM), M.MED(O&G)(USM) dan juga selaku Ketua Pegawai Eksekutif Jitra Medical Centre, Jitra Kedah.

Beliau telah melakukan penyelidikan dan kajian yang terperinci sejak dari Jun 2003 bagi mencari satu formula unik yang serba lengkap bagi program pengurusan berat badan.

Akhirnya, lahirlah JUS MATE 5 yang begitu mujarab dalam mengatasi masalah kegemukan.

Herba-herba segar dari Eropah diadun khas istimewa dengan pati buah-buahan menggunakan kaedah 'biotech' terkini berteknologi nano amat berkesan dalam membantu mengurangkan selera makan, menjadikan anda rasa kenyang dan bertenaga untuk menjalani aktiviti harian.

Adunan ini merupakan satu formula yang begitu istimewa di mana semua ramuan-ramuannya yang terpilih diadun dan bertindak balas dengan harmoni.

JUS MATE 5 merupakan satu revolusi baru dalam produk diet di mana formula yang di temui begitu efektif di dalam mengatasi masalah kegemukan.

TANPA BAHAN KIMIA...TANPA SIBURTAMINE

KESAN BURUK BAHAN KIMIA DALAM AMALAN DIET;

~ gementar dan berdebar, letih, susah tidur, panas badan, pitam, kerap buang air besar, kegemukan mendadak bila berhenti
~ kerosakan hati dan buah pinggang..

JDM5 selamat untuk kanak-kanak hingga ke warga emas….

PESANAN UNTUK PENGAMAL JUS MATE 5:


PASTIKAN ANDA MINUM BANYAK AIR PUTIH..TERUTAMA SEKALI SEKIRANYA ANDA TERASA LAPAR..NAMUN YANG PASTINYA, SEKIRA ANDA MENGIKUTI CARA DIET YANG BETUL PASTI ANDA AKAN SENTIASA BERASA KENYANG

soal JAWAB bersama DR.ROZMEY

MIRIFICA , LOBATA , KACIP FATIMAH , SERAPAT

Ada pengguna consume kapsul berasaskan pueraria mirifica 300mg pada waktu pagi dan minum jusmate pada waktu lunch seperti biasa..boleh tak doc?

Tak ada masaalah besar..mirifica ada estrogen ...namun doc rasa tak mampu beri resistant,..cuba dulu ,.jika sukar ..nasihat dia fokus pada jus mate5 sahaja

mirifica , lobata , kacip fatimah , serapat adalah herba yg mengandungi phytol-estrogen yang semulajadi...

Ia bagus untuk wanita dan mampu stimulate growth organ yang estrogen dependent seperti sistem pembiakan wanita, breast, dan kulit...hanya untuk mereka yang mengidap endometriosis dan etrogen dependent cancer,..yang tidak boleh amalkan produk yg ada bahan seperti yang disebut tadi..

doktor rozmey

DIET PENGGUNA JDM5 UNTUK PESAKIT DIABETES


SOALAN

doc..nak tanya cara ambil mate5 untuk pengidap diabetes yang ambik insulin sendiri dan ambk ubat hospital..? ambk berapa kali sehari? kna diet mcm kita jugak ke?

JAWAPAN


pesakit diabetic kena selalu check blood sugar,..dia boleh sahur dgn mate5...seperti org lain..yg penting check blood sugar pastikan 5 ke 10 mmol..biasanya tahap gula akan mudah control sekiatar yg doc cakap tadi..

jika tidak puasa,..dia boleh ambil sarapan pagi dan suntik insulin,..ambil mate5 tghari..petangnya pula check blood sugar,..jika ok,.boleh kurangkan dose atau skip insulin / ubat..

biasanya blood sugar akan control..ada yg RBS 18.0 mmol turun 7 mmol dgn mate5

mereka yg kolestrol tinggi ,.kini doc ada produk dR.HDL..utk kurangkan kolestrol..

DRII

DRII UNTUK KULIT WAJAH YANG LEBIH JELITA DAN MENAWAN
Photobucket
Jus DR-II adalah merupakan satu evolusi baru dalam dunia penjagaan kulit dan kesihatan masa kini. Satu lagi sensasi dunia kesihatan dan kecantikan yang diimpikan oleh wanita dan lelaki.
Dr rozmey sekali lagi tampil dengan formula ajaib lagi hebat , amat berkesan , selamat dan murah.


RM 2OO sekotak untuk bukan ahli
RM 150 sekotak untuk ahli
mengandungi 30 sachet

Hanya bahan aktif dan asli seperti astaxanthin, hydrosalate marine colagen,acerola extract powder.

Diformulasi dengan bijak dan terbaik. Ia diadun dalam bentuk “powder” dengan mengunakan teknologi nano.

Anda pasti mengalami sensasi dunia kejelitaan dr-ii. Anda akan tampil dengan kulit cerah dan lembut dengan penuh bergaya, mampu mempesona sesiapa yang melihatnya.


Jus DR-II adalah 50 x lebih baik dan kuasa dari injeksi vitamin C + kolagen.
Dalam masa 2 minggu anda sudah menikmati keajaibannya.

DRII dgn pek baru

10gm 30 sachet,

1X sehari kes biasa ,

2X sehari utk mereka yg berkulit degil,..

Ditambah dgn bahan yg meaktifkan kadar serapan usus yg tinggi...

DRII ambil 1/2 jam after meal .

Bancuh dlm 150-200ml menggunakan air sejuk.

1 kali sehari.

Untuk kesan yg lebih cepat 2 kali sehari pagi dan malam.

Majoriti kesan kelihatan after 2 week..

Kesan drII baru terbaik dlm kelasnya,..mampu mencerahkan kulit, melembab, menengang , menghilang kedut dan parut dengan lebih cepat,...campuran herba terbaru ..mampu meningkatkan kesan pd lapisan, epidermis, dermis dan conective tissue 10X lebih power dari formulasi asal drII.

Testimoni klinikal drII terbukti bukan sahaja produk kejelitaan dan anti penuan wanita,..malah lebih dari yg dijangkakan,...

Terbukti telah berjaya merawat penyakit teruk / kronik yg tidak response pada ubatan yg sedia ada ,..seperti jerawat, jeragat, parut, perubahan lepas bersalin,.penyakit psorosis teruk, resdung dan alahan kulit kronik.

DRII..mampu atasi masalah chronic fungal scalp infection,.ezcema, psoriasis,.yang biasa menyebabkan kelemumur

SOALAN YANG BIASA DIAJUKAN OLEH PENGGUNA :

SOALAN :

kalau kita minum jus mate bersama drII boleh tak?

JAWAPAN :

Boleh..jika berat sudah ideal ataupun penurun berat mudah,..yg sukar turun,.elok fokus pada JM5 aje.. ini kerana ,..bukan senang nak balance kan balik berat, hormone, enzim dan otak...

DR ROZMEY

kopi Espresso-XY

Pertama di Malaysia, minuman hebat untuk lelaki yang ingin menimati kehidupan sexual yang lebih nikmat, panas dan selamat !!!!
Di formulasikan oleh Dr. Rozmey, pakar perubatan dan herba.


Espresso Revolusi Baru
Lebih Umph!! Lebih Power!!
20 Sachet, Lebih Ekonomi
100% Herba semulajadi
Diakui lebih power daripada VIAGRA


Testimoni Espresso:

Saya dapat merasakan tambahan tenaga kelelakian yang lebih dari biasa selepas 1 jam minum expresso xy. Ia tidak seperti ‘memaksa’. Berbeza dengan beberapa produk untuk tenaga lelaki yang lain kerana ia tidak mempunyai kesan sampingan seperti degupan jantung lebih laju, mata merah dan pening-pening. Rasanya sedap, perisa mocha dan sememangnya ada ‘power’.

TEStimoni pengguna JDM

PIRAMID MAKANAN


OBESITI....


Anda perlu mengamalkan petua berikut untuk mengurangkan berat badan dengan cara yang selamat:
  • Kurangkan 10% daripada berat badan anda dalam tempoh 6 bulan.
  • Kadar penurunan berat badan ½ - 1 kg seminggu adalah selamat.
  • Makan buah dan sayur pada setiap waktu makan.
  • Hadkan pengambilan makanan bergoreng.
  • Kurangkan pengambilan lemak dengan memilih makanan yang dimasak secara :
    • mengukus
    • membakar
    • memanggang
    • merebus
  • Elakkan makan bahagian berlemak pada daging seperti kulit ayam dan lemak daging.
  • Makan secara teratur dan elakkan dari meningalkan waktu makan utama.
  • Elakkan penurunan berat badan secara mendadak (drastic).
  • Tingkatkan aktiviti fizikal.
  • Timbang badan anda setiap minggu pada masa yang sama, sebaik baiknya sebelum makan.
  • Rekodkan pengambilan makanan harian anda sebelum memulakan program penurunan berat badan.
  • Kaji rekod makanan anda untuk mengetahui masalah seperti pengambilan snek yang berkalori tinggi, makan mengikut mood atau kesukaran mengawal selera makan.
  • Makan saiz sajian yang kecil pada setiap hidangan.
  • Hidang makanan menggunakan pinggan yang lebih kecil.
  • Makan snek berkalori rendah seperti jagung rebus, biskut tanpa gula, roti dan buah-buahan, berbanding kek, puding, pisang goreng dan popia goreng.
  • Elakkan makan semasa menonton televisyen atau membaca.
  • Makan secara perlahan
  • Anda bertekad untuk menurunkan berat badan.
SUMBER KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

DIET dan DARAH???


Diet kita dan kaitannya dengan golongan darah yang betul.

Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D´Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.

Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki. Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain.

Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit. Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh.

Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB, dan O.


A


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’

Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh her
ba



B
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:

• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

AB

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi

O


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’

Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.

Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.

Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.

Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.



KREDIT :
1.) Dr. Peter J.D´Adamo Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996
2.) NOORZIHAN MOHAMED YIN rencana kesihatan YDIM.

berat badan ideal


Anda perlu mengambil tindakan untuk mengekalkan berat badan yang ideal. Petua untuk mengekalkan Berat Badan Ideal

  1. Nikmatilah pelbagai jenis makanan berpandukan Piramid Makanan Malaysia supaya anda dapat mengekalkan berat badan sihat. Anda akan merasa kenyang dan puas jika mengambil bilangan sajian yang disyorkan piramid makanan iaitu :-
    • 8 hingga 12 sajian nasi, roti, mee, bijirin sarapan, pasta.
    • 5 sajian buah dan sayur.
    • 1-2 sajian susu/yogurt
    • 2-3 sajian daging tanpa lemak, ayam, ikan , telur, atau kekacang.

  2. Amalkan pengambilan makanan secara sihat:
    • Elakan dari makan berlebihan
    • Makan sajian mengandungi tinggi serat
    • Kurangkan makanan bergula dan manis
    • Kurangkan makanan berlemak dan bergoreng
    • Lebihkan pengambilan sayur dan buah
    • Hadkan minuman bergula dan alkohol

  3. Lakukan aktiviti fizikal untuk mengekalkan berat badan ideal anda. Aktiviti fizikal juga memberi faedah untuk kesihatan jantung dan tulang dan boleh mengurangkan stress.

  4. Sesuaikan makanan yang diambil dengan aktiviti fizikal. Sekiranya anda menggunakan tenaga yang banyak (contoh: buruh, petani dan ahli sukan), anda perlu makan lebih banyak berbanding dengan seseorang yang kerjanya kurang aktif, seperti pekerja pejabat. Nilai keperluan tenaga harian anda.
Anda perlu menentukan status aktiviti fizikal anda untuk mengira keperluan tenaga harian anda.
Kaedah mengira keperluan kalori harian anda.
a) Tentukan berat badan anda
b) Tentukan ketinggian anda



c) Tentukan status aktiviti fizikal anda.
  1. Aktiviti sebentar
    Anda menghabiskan 75% daripada waktu kerja anda dalam keadaan duduk dan berdiri. Contoh pekerja di pejabat, pekerja industri ringan, pembantu kedai, pelajar dan individu yang tidak melakukan senaman secara tetap.

  2. Aktiviti sederhana
    Anda menghabiskan 40% daripada waktu kerja anda dalam keadaan duduk dan berdiri. Contoh : guru, kakitangan di hospital, polis, jurujual dan individu yang melakukan aktiviti fizikal 2-3 kali seminggu.

  3. Aktiviti aktif
    Anda menghabiskan kebanyakan waktu kerja dalam keadaan berdiri dan berjalan. Contoh: kadet tentera, ahli sukan, buruh binaan bangunan, pekerja industri berat dan individu yang terlibat di dalam sukan lasak seperti rugbi dan bola sepak serta berjoging 3 – 4 kali semingggu
d) Kira keperluan kalori anda dengan menggunakan formula berikut.
Keperluan tenaga = Berat badan pada IJT 22 x faktor aktiviti berasaskan kepada status aktiviti fizikal
  1. Rujuk kepada contoh menu yang disedakan berasaskan kepada keperluan tenaga harian anda.
  2. Nilai semula Indeks Jisim Tubuh anda selepas sebulan.
SUMBER KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

jenis-jenis GEMUK

Kegemukan adalah dimana berat badan kita melebihi 20 peratus beratus ideal. Ini berlaku disebabkan kalori yg masuk kedalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan. Maka akan penyebabkan berlaku pengumpulan lemak dibahagian bahagian tertentu badan.

Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu :

Gemuk Air
• Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.
• Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.

Gemuk Angin
• Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.
• Mudah mendapat sakit kepala.
• Apabila mengambil set ini, akan kerap mengeluarkan angin dan mengalami pening kepala pada peringkat awal.

GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasai lengan tangan mengelambir dan lembik.


Gemuk Daging
• Badan berasa berat dan pejal.
• Mudah penat apabila melakukan tugas harlan.
• Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin mi kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.
• Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankan

GEMUK DAGING : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasa pejal dan padat.

Gemuk air dan Gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil sedikit masa untuk turun. Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.

tips kekal langsing


1. Makan Pelbagai Jenis Makanan

* Tidak ada satu makanan pun yang membekalkan kesemua nutrien yang anda perlukan.
* Pilih pengambilan diet harian anda dengan kombinasi pelbagai jenis makanan berpandukan Piramid Makanan.
* Makan secara tetap dan teratur. Jangan tinggalkan waktu makan anda.

2. Kekalkan Berat Badan Unggul Dengan Mengimbangkan Pengambilan Makanan Dan Aktiviti Fizikal

* Umur, jantina dan aktiviti fizikal menentukan keperluan makanan anda.
* Kekalkan berat badan unggul.
* Timbang berat badan anda secara tetap, sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.
* Kira berat badan unggul anda dengan mengggunakan formula Indeks Jisim Tubuh (BMI) :BMI =

Berat (kg)
Tinggi ( m ) x Tinggi ( m )

Jika BMI anda ialah
adalah Kurang daripada 18.5 = Kurang berat badan

18.5 hingga < 25 ="Berat" 30 =" Berlebihan" lebih ="Kegemukan">3. Pilih Makanan Yang Mengandungi Bijirin , Hasil Bijirin Dan Kekacang

* Sumber tenaga utama perlulah daripada sumber bijirin penuh.
* Bijirin penuh adalah sumber karbohidrat kompleks dan juga sumber serat yang baik.
* Sila rujuk Piramid Makanan.

4. Makan Lebih Buah-buahan dan Sayur-sayuran

* Sumber terbaik bagi vitamin, mineral dan serat.
* Sumber terbaik antioksida.
* Dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dan melawan jangkitan kuman.
* Serat dapat mengelakkan sembelit.

5. Pilih Makanan Rendah Lemak dan Kolesterol

* Lemak menyumbangkan lebih tenaga berbanding karbohidrat dan protein. Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan lemak dalam makanan anda.
* Panduan untuk mengurangkan pengambilan lemak :
o Buang lemak dan kulit pada ayam dan daging sebelum masak.
o Gunakan sedikit minyak semasa memasak.
o Rebus, panggang, kukus dan menggunakan ketuhar gelombang mikro ('microwave') adalah lebih baik daripada menggoreng.
o Gunakan susu tanpa lemak atau santan cair dalam masakan anda.
* Panduan untuk mengurangkan pengambilan kolesterol: :
o Organ dalaman (hati, pedal, jantung, otak), makanan laut (ketam, udang, sotong) dan kuning telur adalah makanan tinggi kolesterol. Kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilannya.
o Ikan dan hasil soya (tauhu, tempeh) adalah rendah kolesterol. Jadikan makanan ini sebahagian dalam hidangan anda.

6. Pilih Makanan Rendah Gula Dan Garam


Gula membekalkan kalori. Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan gula dalam makanan anda.

* Kurangkan pengambilan gula dalam:
o Minuman.
o Masakan
o Pencuci mulut. Gantikan pencuci mulut yang manis dengan buah-buahan segar
* Kurangkan pengambilan garam dengan :
o dmengurangkan makanan terproses atau diawet. Pilih makanan segar.
o Kurangkan makanan tinggi garam
o Kurangkan garam, kicap, sos tiram dan sebagainya dalam masakan. Gantikan dengan herba dan rempah-ratus bagi menyedapkan masakan anda.
o Elakkan snek tinggi garam seperti kacang yang mengandungi garam dan kerepek kentang.

7. Minum Banyak Air

* Minum air sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air dalam sehari walaupun anda tidak berasa dahaga bagi mengelakkan sembelit dan kekurangan cecair dalam badan.
* Pengambilan air adalah dalam bentuk air kosong, jus buah-buahan, jus sayur-sayuran dan sup.

8. Ambil Makanan Yang Bersih Dan Selamat

* Ambil makanan sebaik sahaja dimasak dan elakkan makanan anda terdedah lebih daripada dua jam.
* Basuh tangan anda dengan air bersih dan sabun sebelum dan selepas mengendalikan makanan.
* Sekiranya anda makan di luar, pilih premis atau gerai makanan yang bersih.

p/s: sumber drp KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

owhhh...selulit!!


Satu hal yang paling mengganggu kaum wanita berkaitan dengan kulit tubuhnya adalah masalah selulit atau strech mark --garisan warna putih di kulit. Adanya selulit dan strech mark itu mengganggu keindahan kulit kerana kulit dilihat benjol-benjol seperti kulit jeruk danbewarna putih.
Selulit tidak memandang bulu dan menimpa siapa saja baik diusia muda dan tua, tidak hanya pada orang gemuk, bahkan pada orang yang kurus sekalipun.

Sebenarnya apa itu selulit dan bagaimana mengatasinya? Selulit merupakan suatu lapisan lemak di bawah kulit yang terletak di atas otot. Jika selulit hanya melibatkan lapisan-lapisannya saja, mungkin selulit tidak akan terlihat. Masalahnya, ada sebuah jaringan serat yang menghubungkan otot ke kulit. Jaringan itulah yang membuat ruang-ruang lemak di mana lemak terkumpul atau menekan lapisan lemak yang normal.

Banyak wanita didunia yang sering mempersepsikan selulit sebagai suatu ketidaksempurnaan bagi tubuh mereka. Sebenarnya, selulit hanya merupakan suatu istilah yang kita pakai untuk menggambarkan strech mark berupa lipatan-lipatan lemak pada permukaan kulit bagian tubuh tertentu.

Mengapa hanya wanita yang sering mengalami selulit? Selulit memiliki hubungan dengan lemak, dan wanita cenderung menyimpan lemak di tempat-tempat ternyata lebih besar dibandingkan dengan lelaki. Terutama di bagian dalam dan luar paha, pinggang dan punggung. Oleh sebab itulah selulit seringkali muncul dikawasan tersebut.

Faktor-faktor yang berperanan menimbulkan selulit adalah kegemukan/obesiti, pola pemakanan yang tidak sihat, kebiasaan mengambil makanan dan minuman yang mengandung alkohol, kafein.

Makanan pedas juga berpengaruh terhadap pembentukan selulit kerana toksin yang dihasilkan berkumpul dalam kelenjar lemak tersebut. Selain itu, merokok. Kegiatan tersebut tidak hanya berakibat buruk bagi kulit dan paru-paru, tetapi juga dapat melemahkan kulit yang disebabkan tersumbatnya kapilari, sehingga dapat merosakkan hubungan kelenjar yang berpengaruh pada timbulnya selulit.

Masih ada sebab lain iaitu stress dan kurangnya rehat dapat menyebabkan otot tertekan. Itu dapat juga menyebabkan hubungan kelenjar yang menutup otot ikut tertekan. Ketegangan juga menghalangi kelenjar dan mencegah pembuangan kumuhan dengan lancar. Kurang senaman dan kebiasaan duduk yang lama menyebabkan terbentuknya selulit.

Agar selulit tidak lama beradaditubuh Anda, scuba tips berikut ini.

Pertama, senaman secara teratur. senaman membantu membuang toksin dan kelebihan lemak di bawah kulit. Hindari minuman bergas dan banyak minum air putih. Kurangkan juga mengambil makanan yang banyak mengandung gula, mentega, lemak haiwan dan garam.

Dan perbanyak makan makanan yang mengandungi banyak protein, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Kebiasaan ini membantu melancarkan proses pembuangan lemak dan mengurangkan risiko terbentuknya selulit. Banyak doktor dan pakar diet menyatakan ada hubungan antara kurangnya bekalan darah dengan sel lemak, yang kemudian membentuk cairan sebagai pemula tumbuhnya selulit akibat tidak mejaga pemakanan.

Makanan yang sebaiknya dikurangkan

1. Garam
2. cafein
3. Gula

RAMUAN JUS DIET MATE 5 (JDM5)

Jus Diet Mate 5 merupakan satu revolusi baru di dalam produk diet di mana formula yang ditemui begitu effektif di dalam mengatasi masalah kegemukan.

Jus Diet Mate 5 formula hebat! Mengawal selera makan, menghalang pembentukkan lemak, mengurangkan pengambilan gula, meningkatkan kadar metabolisma dan menukarkan kabohidrat kepada tenaga yang merupakan 5 faktor utama di dalam pengurusan berat badan.

Ramuan-Ramuan Utama Jus Diet Mate 5:

1. Garcinia Cambogia (HCA)

Hydroxycitric Asid (HCA) yang terdapat daripada buahan Garcinia Cambogia sangat berkesan untuk menghalang pembetukkan lemak disamping bertindak mengaktifkan badan untuk menukar karbohidrat kepada tenaga dan bukannya lemak. Ianya juga begitu berkesan untuk bertindak mengawal selera makan.

Kebaikan Garcinia Cambogia:
- Berkesan mengurangkan berat badan
- Menghalang selera makan
- Menghalang pembentukan lemak
- Mengurang kolesterol
- Menambahkan tenaga
- HCA dalam garcinia combogia amat berkesan menahan kegemukan selepas memiliki berat badan idaman
- Merawat masalah kemurungan, susah tidur, migraine, gastrik, kencing manis, darah tinggi.

2. Hoodia Gardoni

Kebaikan Hoodia Gardoni:
- Mengurangkan selera (tidak ingat makan langsung selama lebih 24 jam!!!)
- Berkesan dalam mengurangkan pengambilan kalori
- Memberi tenaga tambahan
- Semulajadi dan selamat untuk diamalkan
** Herba ini dihasilkan daripada pokok Kaktus dari Afrika.

3. Guar Gum

Merupakan juga ramuan yang diperkaya dengan fiber.

Kebaikan Guar Gum:
- Memberi rasa kenyang
- Bertindak baik bagi mencuci usus
- Membuang lemak, glukos dan racun dari usus
- Menyihatkan usus
- Menyihatkan jantung
- Mengatasi masalah stroke

4. L-Carnitine

Merupakan satu ramuan yang begitu berkesan dalam pembakaran lemak (fat burner), menambahkan tenaga dan mengekalkan tahap kecergasan badan sepanjang hari. L-Carnitine merupakan ramuan yang sangat mujarab dalam program diet di mana ianya sangat effektif untuk mengurangkan rasa lapar dan letih.

Kebaikan L-Carnitine:

- Menambahkan tenaga dan mengekalkan tahap kecergasan badan sepanjang hari
- Ianya ramuan yang bagus bagi melindungi jantung, saraf dengan bertindak sebagai agen antioksida

5. Inulin

Satu ramuan yang diperkayakan dengan fiber daripada buah-buahan. Rasa yang manis tetapi tidak diserap kedalam badan.

Kebaikan L-Carnitine:
- Bagus untuk kencing manis
- Memberi tenaga tambahan
- Meningkatkan kadar metabolisme badan

6. Soy Protein

Soy protein adalah sumber daripada protein lengkap tanpa kolesterol menggantikan protein haiwan.

Kebaikan L-Carnitine:

- Ramuan tanpa kolesterol
- bagus untuk penjagaan jantung
- Soy protein melancarkan kitar haid dan kesuburan wanita

Kesan buruk bahan kimia dalam amalan diet Kesan jangkamasa pendek

Gementar dan berdebar, letih, susah tidur, panas badan, pitam, kerap buang air besar, kegemukan mendadak bila berhenti.

Kesan jangkamasa panjang

Kerosakan pada hati dan buah pinggang.

Kebaikan Jus Diet Mate 5

- Mudah
- Berkesan
- Semulajadi
- Selamat
- Tanpa rasa lapar
- Tanpa rasa sakit
- Tanpa bersenam
- Bertenaga dengan minda yang cergas
- Menyihatkan jantung
- Bagus untuk kencing manis dan darah tinggi
- Membantu kesuburan wanita
- Bagus untuk saraf dan sendi
- Melancarkan usus
- Merawat masalah kemurungan, susah tidur
- Merawat migrane dan gastrik
- Mengatasi masalah stroke mengurangkan kolestrol