Tuesday 20 January 2009

OBESITI....


Anda perlu mengamalkan petua berikut untuk mengurangkan berat badan dengan cara yang selamat:
  • Kurangkan 10% daripada berat badan anda dalam tempoh 6 bulan.
  • Kadar penurunan berat badan ½ - 1 kg seminggu adalah selamat.
  • Makan buah dan sayur pada setiap waktu makan.
  • Hadkan pengambilan makanan bergoreng.
  • Kurangkan pengambilan lemak dengan memilih makanan yang dimasak secara :
    • mengukus
    • membakar
    • memanggang
    • merebus
  • Elakkan makan bahagian berlemak pada daging seperti kulit ayam dan lemak daging.
  • Makan secara teratur dan elakkan dari meningalkan waktu makan utama.
  • Elakkan penurunan berat badan secara mendadak (drastic).
  • Tingkatkan aktiviti fizikal.
  • Timbang badan anda setiap minggu pada masa yang sama, sebaik baiknya sebelum makan.
  • Rekodkan pengambilan makanan harian anda sebelum memulakan program penurunan berat badan.
  • Kaji rekod makanan anda untuk mengetahui masalah seperti pengambilan snek yang berkalori tinggi, makan mengikut mood atau kesukaran mengawal selera makan.
  • Makan saiz sajian yang kecil pada setiap hidangan.
  • Hidang makanan menggunakan pinggan yang lebih kecil.
  • Makan snek berkalori rendah seperti jagung rebus, biskut tanpa gula, roti dan buah-buahan, berbanding kek, puding, pisang goreng dan popia goreng.
  • Elakkan makan semasa menonton televisyen atau membaca.
  • Makan secara perlahan
  • Anda bertekad untuk menurunkan berat badan.
SUMBER KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

No comments:

Post a Comment